Isteri Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor Datuk Salamon Selamat, Datin Rohana Lamsah, meninggal dunia hari ini akibat kanser.

Allahyarham, 63, meninggal dunia pada 3.19 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, kira-kira 11 pagi.

Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Datuk Ahmad Mua'adzam Shah Ya'akop antara kira-kira 100 anggota keluarga, saudara-mara dan kenalan hadir pada pengkebumian itu. -Bernama