Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gajah liar mati kena renjatan elektrik di Gerik
Diterbitkan:  Jan 3, 2018 6:35 AM
Dikemaskini: 11:22 PM

Seekor gajah liar mati terkena renjatan elektrik selepas ia mengamuk di dataran Juang, Kem Sri Banding dan Penempatan Kontena Awam dekat Gerik, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata dalam kejadian 4 pagi itu gajah tersebut terkena renjatan elektrik berkuasa 240 voltan setelah merempuh pagar dataran.

"Renjatan menyebabkan gajah tersebut mati di tempat kejadian.

“Tiada kecederaan membabitkan anggota tentera dan orang awam di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ismail berkata pihaknya telah memaklumkan insiden tersebut kepada Jabatan Perhilitan Daerah Gerik untuk tindakan selanjutnya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS