Pejabat Peguam Negara (AGC) hari ini membuat bantahan awal terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh 48 pengundi dari kawasan Parlimen Segamat.

Mereka cuba membatalkan keputusan inkuiri tempatan yang menolak permohonan mereka untuk melarang 949 anggota tentera dan pasangan mereka daripada didaftarkan sebagai pengundi di sana.

Peguam kanan persekutuan Susana Atan dan Shamsul Bolhassan memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa 48 pengundi dari DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu belum membuat rayuan mereka melalui siasatan itu.

Mereka mendakwa bahawa pengundi telah memfailkan rayuan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Johor dan rayuan itu hendaklah diteruskan dan diputuskan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, 48 pengundi yang diketuai oleh peguam Gobind Singh Deo berhujah bahawa memandangkan inkuiri tempatan itu telah menolak jawapan Hansard Parlimen yang merakamkan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum sebagai berkata, kem berkenaan masih belum siap, maka mereka berhak mengajukan cabaran tersebut.

Ini, kata Gobind, melanggar prinsip keadilan semulajadi kerana Hansard adalah dokumen bukti yang diakui di mahkamah.

[Baca berita penuh]