Harga petrol naik 3 sen, diesel 6 sen
Diterbitkan: Jan 3, 2018 6:12 PM | Dikemas kini: Jan 3, 2018 6:33 PM
Selepas turun 1 sen pada minggu lalu, harga RON95 dan RON97 naik 3 sen bagi tempoh 4 hingga 10 Januari 2018.
Diesel yang naik 3 sen pada minggu lalu, naik lagi pada minggu ini pada kadar 6 sen.
Mulai tengah malam ini, harga runcit baru RON95 adalah RM2.29 seliter, RON97 pula RM2.56 seliter, manakala diesel RM2.32 seliter.
Harga itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, sebentar tadi.
Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac lalu.

