Paling Popular
Terkini

Pihak berkuasa Thailand berkata rawatan pemutihan kulit alat kelamin itu lebih banyak mudarat.

Pihak berkuasa Thailand telah melarang penggunaan kaedah laser bagi rawatan pemutihan kulit alat kelamin yang kini menjadi kegilaan di kalangan remaja di Thailand.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dr Thongchai Keeratihuttayakorn berkata rawatan tersebut mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.

“Kulit di bahagian alat sulit adalah sensitif. Rawatan laser boleh menyebabkan iritasi, alergi dan keradangan. Apa akan jadi jika kulit anda menjadi berbintik-bintik,” beliau dipetik oleh media tempatan hari ini.

Beliau akan meminta Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) negara itu memeriksa peralatan yang digunakan dalam perkhidmatan rawatan laser dan sama ada ia diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan sebelum dilaksanakan.

Berdepan hukuman

Menurut Keeratihuttayakorn, penyedia perkhidmatan itu berdepan hukuman jika peralatan yang digunakan dalam rawatan tidak mendapat kelulusan sewajarnya daripada pihak berkuasa berkaitan.

Beliau mengulas laporan media baru-baru ini mengenai trend terkini di kalangan remaja lelaki di Thailand menggunakan kaedah rawatan laser untuk mencerahkan kulit alat sulit mereka.

Menurut sebuah hospital yang menawarkan perkhidmatan tersebut, kira-kita 100 remaja lelaki datang ke hospital setiap bulan untuk menjalani rawatan pemutihan menggunakan laser yang kosnya ialah kira-kira US$650 untuk lima sesi rawatan.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS