Gabungan kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH hari ini meluahkan kebimbangannya dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mula memperluaskan kelayakan mereka yang boleh ditakrif sebagai pengundi pos.

Menurut Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah proses pengundian pos sekarang tidak mempunyai ketelusan dan ini dikhuatiri akan membawa kepada penyalahgunaan proses pilihan raya yang lebih besar.

"Kami bukannya menolak mereka yang tidak boleh keluar untuk mengundi pada hari mengundi. Kami hanya mahu jaminan proses ini dijalankan secara telus dan adil.

"Tanpa prosedur dan proses yang betul untuk memastikan hak mengundi milih secara bebas, kerahsiaan pemilih, serta akses kepada pemerhati pilihan raya, SPR tidak perlu memperluas kategori baru untuk pengundi pos.

Menurut Maria, terdapat kaedah lain bagi kumpulan tertentu seperti mereka ini boleh menjadi pengundi awal.

"Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan sebagainya, mereka tidak perlu menjadi pengundi pos tetapi mereka boleh menjadi pengundi awal.

"Kami amat bimbang kerana jabatan-jabatan kerajaan yang disebutkan itu mempunyai bilangan pengundi yang besar dan ini boleh memberi kesan kepada keputusan pilihan raya di kerusi marginal kecil supaya memihak kepada kerajaan semasa (dalam keadaan di mana penjawat awam tidak merasa selamat untuk mengundi secara bebas)," kata Maria pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

[Baca berita penuh]