Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tarikh parlimen bersidang diumum ketika spekulasi PRU
Diterbitkan:  Jan 15, 2018 3:15 PM
Dikemaskini: 7:22 AM

Sidang pertama Parlimen 2018 dijadualkan dari 5 Mac hingga 5 April berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Pengumuman itu dibuat ketika spekulasi mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina, yang jatuh pada 16-17 Februari bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-14.

Dalam salinan surat yang diberikan kepada Malaysiakini oleh anggota parlimen DAP Lim Lip Eng, Roosme berkata sidang parlimen itu akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Beliau juga menggesa Anggota Parlimen mengemukakan soalan mereka, sama ada secara lisan atau bertulis ke pejabat setiausaha Dewan Rakyat melalui e-mel atau faks.

Dalam reaksi segera, Anggota Parlimen Ipoh Timor dari DAP, Thomas Su berkata, tarikh itu menunjukkan bahawa Najib mahu pelaksanaan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaksanakan sebelum pilihan raya diadakan.

"PRU mungkin akan diadakan pada bulan April atau Mei (sebelum Hari Raya) atau mungkin selepas Hari Raya, iaitu Julai," kata Su dalam posting di Facebook.

Minggu lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membuat spekulasi bahawa Parlimen kemungkinan akan dibubarkan pada bulan April.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS