Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno: Ringgit kukuh tangkis dakwaan pembangkang
Diterbitkan:  Jan 15, 2018 6:45 PM
Dikemaskini: 12:09 PM

Kesungguhan kerajaan melaksanakan pelbagai pelan pemulihan membuahkan hasil dengan prestasi ringgit yang semakin mengukuh, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar.

Katanya, pengukuhan ringgit memberikan isyarat positif seiring pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus menangkis dakwaan terutama pihak pembangkang bahawa ekonomi Malaysia semakin teruk.

"Dakwaan ini tidak benar sama sekali. Malah, Bank Dunia juga telah memberikan pengiktirafan terhadap hala tuju ekonomi negara dengan menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2017 kepada 5.8 peratus," katanya dalam satu kenyataan media.

Jamawi berkata Pemuda Umno yakin prestasi cemerlang itu akan berterusan dengan petunjuk-petunjuk ekonomi utama negara yang semakin positif.

"Selain daripada kestabilan politik, faktor-faktor ini juga sangat membantu dalam meningkatkan sentimen pelabur terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia dan seterusnya menyokong pengukuhan nilai ringgit.

Ringgit kekal dalam aliran harga meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan pagi ini, susulan minat belian berkekalan ke atas unit tempatan itu, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, unit tempatan mencatatkan paras 3.9580/9610 berbanding dolar AS daripada 3.9700/9730 pada penutupan Jumaat.

Jamawi berkata, dengan kestabilan politik serta usaha berterusan kerajaan, Pemuda Umno yakin kedudukan ekonomi negara akan dapat diperkukuhkan selain disokong keadaan ekonomi dunia.

Lihat Komen
ADS