Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Sultan Pahang dalam keadaan sihat
Diterbitkan:  Jan 15, 2018 11:20 PM
Dikemaskini: 3:22 PM

“Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dalam keadaan sihat, semua excellent," tegas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini.

Kenyataan Adnan itu sebagai menjawab dakwaan sesetengah pihak kononnya baginda gering.

Ini berikutan penularan sebuah video dalam media sosial yang memaparkan keadaan Sultan Pahang.

“Tuanku Sultan dari segi 'vital sign' iaitu tekanan darah, nadi dan sebagainya, serta ‘systemic finding’ seperti jantung, paru-paru, buah pinggang semuanya dalam keadaan terbaik.

"Tuanku boleh keluar walaupun kena bergerak atas ‘wheelchair’, ada masa Tuanku boleh berjalan... cuma atas faktor usia, Tuanku lebih suka naik wheelchair dan suka beristirehat sahaja," katanya.

Tugas anakanda timba pengalaman

Adnan bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Anak Pahang (BAP) di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi menerima bantuan persekolahan berupa wang tunai berjumlah RM200 tiap seorang.

Adnan berkata sebelum ini tugas memerintah negeri diberikan kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah bagi membolehkan baginda menimba pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Sebab itu tugas-tugas itu diberikan kepada anakanda baginda Tengku Abdullah," tegas Adnan.


-Bernama

Lihat Komen
ADS