Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno Perlis giat turun padang dekati pengundi

Umno Perlis kini menggiatkan usaha turun padang bagi mendekati golongan pengundi di samping cuba menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata pihaknya kini menggandakan siri lawatan ke pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh negeri, bersama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan untuk memudahkan rakyat menyalurkan aduan serta masalah mereka.

"Program turun padang ini sebenarnya bukannya baharu, kami biasa lakukan dengan ketua-ketua jabatan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat misalnya untuk dengar isu kebajikan rakyat," katanya kepada Bernama pada Majlis Santai PDM Padang Petani dekat sini, hari ini.

Beliau berkata setelah mengenal pasti setiap masalah yang dikemukakan rakyat, pihaknya akan cuba menyelesaikannya serta-merta bagi memastikan kebajikan rakyat terbela. -Bernama

Lihat Komen
ADS