'Kerana pembalakan Ulu Muda, air sungai macam teh tarik'
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menuntut pemberhentian kegiatan pembalakan di hutan simpan Ulu Muda, Kedah dengan segera dan menyeluruh.
Ketua Pegawai eksekutif (CEO) perbadanan itu Datuk Jaseni Maidinsa, pembalakan telah menjejaskan kualiti air mentah Pulau Pinang dari Sungai Muda.
“Hari ini air mentah yang diambil di Pulau Pinang dari Sungai Muda kelihatan seperti teh tarik dan PBABB perlu merawat air dengan berhati-hati untuk memastikannya selamat untuk digunakan,” katanya.
Jaseni juga berkata kegiatan pembalakan berterusan juga boleh menjejaskan hutan itu sebagai kawasan tadahan air untuk tiga empangan utama di utara, iaitu Empangan Ahning, Empangan Muda dan Empadangan Pedu.
“Sekiranya pokok ditebang dalam rizab hutan ini, akan datang masa apabila paip akan kering... dan rakyat serta perniagaan di tiga negeri (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) akan menderita,” katanya.

