Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan siapa pun yang menjadi menteri pendidikan tidak mewujudkan legasi baru.

Sebaliknya, kata beliau, patuhlah kepada dasar pendidikan kebangsaan sedia ada,

“Ya, pemimpin datang dan pergi tetapi soal dasar pendidikan jangan jadi bahan uji kaji,” katanya dalam ucap utama di Ijtimak Majlis Perundingan Islam Kebangsaan 2018 di Cyberjaya, hari ini.

“Anak-anak kita menjadi bahan uji kaji dan akhirnya tubuh mereka lebih awal bongkok sebelum usia kerana beban-beban yang dibawa, bukan sekadar beban pemikiran tetapi beban buku yang membongkokkan mereka.”

Terdahulu Ahmad Zahid merasmikan Ijtimak (Perhimpunan) Majlis Perundingan Islam (MPI) Kebangsaan 2018 di Cyberjaya, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak tujuh resolusi dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kesemuanya akan dikemukakan ke kabinet bagi tujuan kelulusan.

Resolusi tersebut melibatkan ekonomi, sosial, pendidikan, politik, perundangan, pemikiran Islam dan dakwah.