Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Ceramah HARAPAN di Kamunting tiada permit

Ceramah Jelajah Pakatan Harapan yang diadakan di jalan utama ke Kampung Bukit Jana, Kamunting di Taiping pada malam tadi disahkan tidak mempunyai permit polis.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata pihaknya juga telah menerima laporan polis daripada penduduk setempat yang mendakwa ceramah tersebut menghalang lalu lintas.

Sebelum itu pasukan anggota keselamatan telah meminta pihak penganjur untuk mengubah sebuah treler milik Pakatan Harapan yang boleh diubah menjadi pentas ceramah kerana didakwa mengganggu lalu lintas kira-kira 8.30 malam.

Selain itu, Pakatan Harapan menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk membolehkan penceramah berceramah di sepanjang jalan itu.

Antara yang hadir Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Meng.

Ceramah itu tamat kira-kira 12 tengah malam, diakhiri dengan ceramah daripada Tun Mahathir.

Kira-kira 2,000 penyokong menghadirinya walaupun pihak pakatan mendakwa 10,000 yang hadir.

-Bernama

Lihat Komen
ADS