Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Masjid kecoh, babi hutan mengamuk
Diterbitkan:  Mar 7, 2018 11:12 AM
Dikemaskini: 3:32 AM

Masjid Sungai Plong di Sungai Buloh, Selangor, malam semalam kecoh dengan kehadiran seekor babi hutan yang dipercayai tersesat.

Pada kejadian kira-kira jam 8 malam, babi hutan itu dikatakan tiba-tiba muncul di pekarangan masjid sebelum mengejar beberapa kanak-kanak yang berada di kawasan itu.

Babi itu kemudian meluru ke dalam masjid dan menyondol seorang jemaah.

Seorang jemaah yang tidak ingin dikenali, berkata, mereka yang terkejut dengan kejadian itu kemudian cuba menghalau haiwan berkenaan.

“Jemaah yang menunggu menunggu waktu solat Isyak terus menyelamatkan diri dan ada di antara mereka cuba menghalau binatang itu keluar dari dewan solat.

“Babi yang dipercayai cedera di kepala itu kemudian berjaya diumpan keluar dari dewan dan bertindak melanggar dua buah motosikal..

“Akhirnya binatang tersebut berjaya ditembak oleh Cikgu Mustafa, jemaah masjid yang mempunyai senapang patah,” katanya.

Pihak masjid juga menghubungi balai polis Sungai Plong bagi membantu menenangkan keadaan.

Katajemaah itu lagi, ramai jemaah di dalam dan beranda masjid terjejas akibat masalah nerkenaan.

“Pihak masjid telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Mereka akan hadir esok bagi membuat penilaian berkaitan masalah sertu dan karpet masjid,” katanya.

Menurutnya, sesungguh musibah yang berlaku itu besar hikmahnya.

Lihat Komen
ADS