Malaysiakini
BERITA

Letak pelekat BN di kereta dapat RM300

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Apr 2018, 9:10 pagi

Pihak yang bersedia memandu dengan logo besar BN ditampal pada kereta mereka boleh berbuat demikian sehingga 4 Mei ini dan akan dibayar RM300, ihsan daripada BN Wilayah Persekutuan.

Sebuah syarikat pengurusan acara yang diupah untuk projek itu kini membuka kaunter di sebuah stesen minyak di Bangsar, Kuala Lumpur, sejak Sabtu lalu, lapor Sin Chew Daily.

Seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Varrence berkata setiap hari antara 50 hingga 60 orang datang untuk tujuan itu, terutamanya hari minggu.

“Kita buat promosi di Facebook dan pihak yang mahu buat duit tambahan, boleh ambil bahagian.

“Bangsar adalah tempat pertama di Kuala Lumpur. Kita akan bergerak ke seluruh Lembah Klang,” beliau dipetik sebagai berkata.

Katanya, terdapat tiga jenis pelekat dengan tema manifesto BN "Hebatkan Negaraku".

Varrence berkata pemeriksaan kenderaan akan dibuat bagi memastikan berbaloi kereta itu ditampal dengan pelekat BN.

“Kami akan bayar RM150 bila pelekat ditampal dan gambar diambil.

“Bakinya akan dibayar apabila peserta ambil gambar dengan kereta masing-masing pada 4 Mei,” katanya.

Varrence menafikan syarikatnya mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi hanya menjalankan tugas yang diupah.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.