Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kami tak tahu siapa bagi RM300 tampal pelekat BN, kata Umno WP

PRU14 | Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata pemimpin BN di Kuala Lumpur tidak tahu apa-apa tentang kempen pelekat kereta BN.

Kempen itu menawarkan RM300 kepada orang ramai yang menampal pelekat logo besar BN di kereta mereka sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Kami tidak tahu siapa yang buat," kata Razlan kepada Malaysiakini.

Awal hari ini, Sin Chew Daily melaporkan sebuah syarikat pengurusan acara yang diupah untuk projek itu membuka kaunter di sebuah stesen minyak di Bangsar, Kuala Lumpur, sejak Sabtu lalu.

Laporan itu memetik wakil syarikat berkenaan yang mendakwa RM150 akan diberikan apabila pelekat ditampal pada kereta dan bak selebihnya akan diberikan apabila peserta tangkap gambar bersama kereta mereka pada 4 Mei.

Laporan itu turut mendakwa bahawa tawaran RM300 itu dibiayai oleh BN Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, Datuk Hishamudin Yahya, yang merupakan setiausaha akhbar pengerusi Umno Wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa BN Wilayah Persekutuan tidak terlibat dengan tawaran itu.

"Berita ini tidak benar. BN tidak pernah keluarkan arahan untuk kerja-kerja seperti ini.

"Ini hanyalah niat jahat parti pembangkang yang hendak kelirukan rakyat menjelang PRU14," katanya.

Berdasarkan gambar yang disiarkan dalam laporan Sin Chew, pelekat berkenaan melitupi kedua-dua pintu kenderaan dengan logo BN dan slogan "Hebatkan Negaraku"

Setakat ini, tiada pihak tampil mengaku sebagai penaja sebenar kempen pelekat itu.

Lihat Komen
ADS