Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS bakal tanding lebih 150 kerusi Parlimen
Diterbitkan:  Apr 16, 2018 10:06 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

PRU14 l PAS nampaknya istiqamah dalam usahanya untuk mendapat majoriti mudah pada pilihan raya kali ini apabila hanya 73 daripada 222 kerusi yang terlepas daripada tumpuan mereka.

Semalam, PAS mengumumkan akan meletakkan calon di lebih 150 kerusi Parlimen. Ia merupakan jumlah kerusi terbanyak yang ditandingi sebuah parti, malah melebihi Umno yang hanya bertanding 121 kerusi pada PRU ke-13.

Parti itu juga berkata akan bertanding di sebahagian besar daripada 587 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak.

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, mesyuarat Jawatankuasa Harian yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam juga telah memuktamadkan 95 peratus calon mereka.

"Bagi Parlimen, PAS mengesahkan akan bertanding melebihi 150 kerusi di samping sebahagian besar kerusi DUN di setiap negeri.

"Majlis pengisytiharan calon PAS akan diadakan serentak di seluruh negara pada 19 April ini, kecuali Sabah dan Sarawak (21 April) dan Kelantan (25 April)," katanya dalam kenyataan.

Jumlah itu jauh lebih banyak berbanding PRU lalu. Ketika itu PAS bertanding di 65 kerusi Parlimen dan menang 21 kerusi, 6 daripadanya kini dipegang AMANAH.

PAS menyertai PRU kali ini bersama-sama Gagasan Sejahtera iaitu kerjasama dengan beberapa parti kecil seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Parti Cinta Malaysia dan kira-kira 200 NGO.
 

Lihat Komen
ADS