Antara dua darjat kempen Dr M dan Najib
PRU14 | Malam ini Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sama-sama berkempen di Kuala Lumpur.
BN menganjurkan perhimpunan di kerusi Parlimen Wangsa Maju manakala HARAPAN mengadakan perhimpunan di kerusi parlimen Titiwangsa dengan menarik lebih daripada 1,000 orang.
Sementara penyokong BN berkumpul di bawah khemah besar yang dibina di atas jalan berturap berhampiran Projek Perumahan Rakyat Rakyat (PPR) Gombak Setia, penyokong HARAPAN pula berkumpul di atas padang di Desa Pandan, Titiwangsa.
Sebagaimana kedua-dua majlis itu berlangsung, BN mengumpul kira-kira 900 orang dan majlis ceramah HARAPAN di Desa Pandan pula menarik kira-kira 500 orang kerana hujan gerimis berterusan.

Kelihatan orang ramai berpayung manakala ramai pula yang basah ditimpa hujan terpaksa memijak lumpur becak. Seorang hadirin dilaporkan pengsan di Titiwangsa.
Bagaimanapun, orang ramai dengan cepat menghadiri ceramah HARAPAN dengan hadirin yang bertambah sehingga 1,500 di saat menjangkakan ketibaan Mahathir.
Apabila akhirnya Mahathir tiba, orang ramai menjadi begitu bersemangat mewujudkan suasana cukup mengujakan.
Hadirin bersorak, "kami mahu Tun, kami sayang Tun, hidup Tun!"

Mahathir kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas keazaman mereka dan mendesak agar mereka bersama-sama membuat penentuan pada hari pengundian 9 Mei ini.
"Hujan kah, panas kah, keluar ramai-ramai, jangan seorang, bawa ramai-ramai.
"Walaupun hujan tuan puan datang. Walaupun hujan kita kelur ramai-ramai macam ini juga. Undi Pakatan Harapan.
"Kita bukan saja nak menang. Kita nak menang besar, kena menang banyak. Kerana menang sikit, Najib akan tipu," beliau memberitahu hadirin yang kebanyakan orang Melayu.
Manakala itu, di majlis ceramah BN pula, hadirin juga bertambah lebih 1,000 orang semasa ketibaan Najib.

Hadirin terhindar cuaca buruk kerana berlindung di bawah khemah, yang dilengkapi dengan lampu dan kipas.
Najib berjenaka mengenai calon PKR Wangsa Maju Tan Yee Kew, yang lupa untuk membawa MyKad beliau pada hari penamaan.
"Selepas satu penggal, calon mereka terpaksa lari atau beliau akan kalah.
"Ada calon yang lupa bawa IC (kad pengenalan) hampir-hampir tak layak tanding. Banyak calon pembangkang kena disqualified (dibatalkan). Isi borang pun tak reti," katanya kepada hadirin yang berbilang kaum.
Najib juga menegaskan negara sedang berada di landasan yang betul dan menafikan dakwaan Malaysia berada di ambang muflis.
Aturcara kempen BN itu berakhir dalam masa sejam dan hadirin diagihkan dengan nasi biryani.

