Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ukhwah anak Fadzil Noor atasi politik
Diterbitkan:  May 2, 2018 10:42 PM
Dikemaskini: 3:54 PM

Di saat hubungan dua Nik Abduh dan Nik Omar - dua anak allayarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - kelihatan keruh ekoran perbezaan parti, hubungan anak-anak seorang lagi pemimpin PAS dilihat kekal mesra walaupun berdepan perkara sama.

Mereka yang dimaksudkan adalah anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkongsi kunjungan abang dan adiknya - Aiman dan Fauwaz - di Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Mereka dilihat mesra bergurau-senda walaupun nampaknya menyokong pihak berbeza pada PRU kali ini.

"Kita ini biasalah, ukhwah ini penting...InsyaAllah (Faiz) menang, atas dasar ukhwah," kata Fauwaz kepada Fadzil yang menjadi calon HARAPAN di DUN Permatang Pasir.

"Aiman, depa nak ajak hang ceramah ni, aku tak boleh sebab parti lain," kata Fauwaz sambil ketawa.

Pada satu ketika, Faiz berseloroh dengan mengatakan Fauwaz kini menyokong HARAPAN apabila memakai baju berwarna merah, warna pada logo tidak rasmi gabungan pembangkang itu.

Tetapi Fauwaz membalasnya dengan berkata: Ini warna hijau...Tengok macam mana ukhwah mengatasi parti politik."

Beliau merupakan panel pakar Jabatan Agama Islam Perak. Walaupun tidak aktif dengan PAS beliau sebelum ini pernah menyertai beberapa program parti itu.

Faiz pula, seperti sudah diketahui umum, keluar PAS bersama barisan tokoh parti itu untuk menubuhkan AMANAH pada 2015.

Lihat Komen
ADS