Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rakyat M'sia adakan bantahan di London lambat terima kertas undi

PRU14 | Seramai 30 rakyat Malaysia di luar negara mengadakan bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di London semalam berhubung kelewatan menerima kertas undi bagi pilihan raya umum ke-14.

Bantahan itu, yang dianjurkan oleh BERSIH UK, diadakan di hadapan pejabat Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia di dekat Trafalgar Square pada waktu tengah hari waktu tempatan. Bagaimanapun, pejabat pelancongan itu ditutup kerana hari cuti bank di UK.

Kebanyakan peserta bantahan itu berpakaian berwarna kuning dan berulang kali melaungkan “Mana kertas undi saya?”, “EC sabotages postal votes,” dan “We want a clean and free election.”

Ada yang memegang plakad yang memaparkan kartun Zunar.

Dalam ucapannya, penyelaras BERSIH UK Dr Yolanda Augustin menyasarkan SPR yang didakwanya tidak cekap dalam mengendalikan pengundian pos untuk pengundi luar negara.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS