Aminuddin dijadual angkat sumpah MB esok
Adrian Wong Gah JunnDiterbitkan: May 11, 2018 1:24 PM | Dikemas kini: May 11, 2018 1:37 PM
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang juga adalah ketua PKR negeri dijadual mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada jam 10 pagi esok (Sabtu).
Aminuddin yang juga adalah ADUN Sikamat, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah menerima jemputan dari pihak istana.
"Insya-Allah ...... So far, macam itu lah,” katanya apabila ditanya sama ada namanya disebut sebagai menteri besar dalam jemputan itu.
Pada pilihan raya 9 Mei lalu, HARAPAN berjaya menubuhkan kerajaan dengan mengalahkan BN yang memperolehi 15 daripada 35 kerusi DUN Negeri Sembilan.
Pecahan kerusi HARAPAN adalah AMANAH (2), PKR (7) manakala DAP (11).

