Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kerajaan mempunyai kemampuan membayar hutang 1MDB sebanyak RM143.75 juta pada 30 Mei ini dan hutang itu akan dibayar seperti yang dijadualkan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Kenyataan ini selepas Lim berkata semalam bahawa beliau enggan menandatangani dokumen yang membenarkan Kementerian Kewangan menyelesaikan hutang 1MDB.

"Terdapat jaminan (bayar hutang) daripada kerajaan persekutuan dan kami akan menghormati komitmen itu," katanya pada sidang akhbar hari ini.

"Kami akan membayar seperti yang dijadualkan," katanya.

Lim memberitahu mengenai hutang RM143.75 juta tersebut pada hari Selasa lalu.

Beliau berkata 1MDB tidak dapat membayar balik hutangnya sejak April 2017 dan kerajaan telah mengeluarkan sebanyak RM6.9 bilion untuk membayar hutang 1MDB.

Semalam, Lim bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, bekas ketua pegawai kewangan 1MDB, Azmi Tahir dan bekas penasihat undang-undang 1MDB, Ivan Chen.

Menteri Kewangan telah mengarahkan Arul Kanda untuk memaklumkan kepada kementerian secara bertulis mengenai jika firma itu boleh mengeluarkan jumlah (pembayaran) itu atau tidak.


 

Lihat Komen
ADS