Tiga tahanan ISA dibebaskan menjelang Syawal
terjemahan Tiga tahanan yang didakwa sebagai anggota Kumpulan Militan Islam yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak empat tahun lalu dibebaskan pada 28 Oktober lalu.
Mohd Zulkifli Mohd Zakaria dibebaskan tanpa syarat manakala Alias Ngah dan Solehan Abdul Ghafar diletakkan di bawah perintah tahanan terhad.
terjemahan Tiga tahanan yang didakwa sebagai anggota Kumpulan Militan Islam yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak empat tahun lalu dibebaskan pada 28 Oktober lalu.
Mohd Zulkifli Mohd Zakaria dibebaskan tanpa syarat manakala Alias Ngah dan Solehan Abdul Ghafar diletakkan di bawah perintah tahanan terhad.
Syarat-syarat lain pembebasan mereka ialah Alias dan Solehan tidak dibenarkan meninggalkan daerah tempat tinggal masing-masing dan mesti melaporkan diri ke balai polis terdekat minggu.
Mereka bertiga adalah antara sembilan orang tahanan yang dikatakan terbabit dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM).
Anggota lain yang masih ditahan ialah Ahmad Pozi Darman, Zainon Ismail, Mohamad Lothfi Arifin, Mohd Rafi Udin, Zid Sharani Mohd Isa and Nik Adli Nik Aziz, anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada September lalu, perintah tahanan Alias dan Solehan bersama Nik Adli, Ahmad Pozi, Zainon dan Mohamad Lothfi telah dilanjutkan.
Zulkifli yang dihubungi oleh malaysiakini hari ini menyatakan kegembiraannya dapat besama keluarga bagi menyambut hari raya Aidil Fitri.
Bekas pensyarah Pengajian Islam yang berasal dari Kuala Kangsar itu ditahan pada 10 Oktober 2001.
Menurutnya, mereka bertiga dibawa dari Kamunting ke Pusat Tahanan Reman Kuala Lumpur pada 26 Oktober dan dibebaskan pada pukul 9.45 pagi pada 28 Oktober.
Alias yang dihubungi di Kuala Terengganu bagaimanapun enggan bercakap mengenai pembebasannya kerana bimbang ulasannya akan menjejaskan nasib-rakan-rakannya yang masih ditahan.
Sementara itu Presiden Gerakan Hapuskan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh mengalu-alukan pembebasan tersebut sambil menggesa enam tahanan lain yang dikaitkan dengan KMM dibebaskan segera.
Katanya, mereka hendaklah dibebaskan atau dibicarakan di mahkamah terbuka.
Beliau melahirkan keyakinannya bahawa pihak berkuasa akan membebaskan lebih ramai tahanan ISA dalam tempoh terdekat. Cerita asal

