Wisma Putra lepas tangan urusan jenazah Azahari
Keluarga Dr.Azahari Husin, pemimpin kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang terbunuh dalam serbuan pasukan keselamatan Indonesia di Malang, Jawa Timur kelmarin kecewa dengan pegawai kanan Kementerian Luar yang bersikap lepas tangan dalam usaha membawa pulang jenazah Dr.Azahari ke Malaysia.
Kordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang juga jurucakap keluarga Dr Azahari, Baharuddin Ismail berkata, Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rosman Hashim meminta keluarga Dr Azahari menguruskan sendiri urusan membawa pulang jenazah beliau.

Katanya, Rosman juga memberitahu bahawa keluarga mesti membayar semua urusan kewangan termasuk tambang penerbangan jenazah Dr.Azahari untuk dibawa pulang.
Rosman menurut Baharuddin hanya bertanggungjawab mengeluarkan permit untuk membenarkan keluarga membawa balik jenazah Dr. Azahari ke Malaysia.
Baharuddin berkata, Wisma Putra akan berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi mendapatkan kebenaran dari pemerintah Indonesia untuk membawa pulang jenazah "orang paling dikehendaki din Asia" itu ke Malaysia.
Berikutan itu, katanya dua anggota keluaga Azahari - iaitu Baniyamin Husin (adiknya) dan Rostam Mustamil (birasnya) akan ke Jakarta untuk menguruskan urusan membawa pulang jenazah Dr.Azahari.
"Keluarga Azahari merasa sangat kecewa dengan sikap lepas tangan pegawai kanan Kementerian Luar yang enggan membantu menguruskan membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur.
"Sikap tersebut sangat bertentangan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan sebagai berkata kerajaan akan membantu membawa pulang jenazah Dr.Azahari ke Kuala Lumpur," kata Baharuddin ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, Rostam ada memberikan nama pegawai Kedutaan Malaysia di Jakarta yang boleh dihubungi oleh keluarga Dr.Azahari untuk memudahkan urusan di Indonesia.
Katanya, Baniyamin dan Rostam akan bertolak ke Indonesia secepat mungkin dan kini mereka sedang menguruskan tiket penerbangan ke Jakarta.
Baharuddin berkata, kedua-dua mereka telah menulis surat kepada Kementerian Luar untuk membawa pulang jenazah Azahari ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata, jenazah Dr Azahari akan dikebumikan di kampungnya di Jasin Hilir, Melaka.
Kini anggota keluarga Dr Azahari sedang berkumpul di rumah ibu bapanya di kampung tersebut dan membuat persiapan untuk mengembumikan jenazah Dr.Azahari.
Polis Indonesia hari ini mengesahkan Azahari terbunuh dalam serbuah pihak keselamatan di rumah sewanya di Jalan Flamboyan Raya, Kota Batu, Malang selepas meletupkan diri sendiri.
Pengesahan itu berdasarkan cap jari, kepala menyamai rupanya dan susuk tubuh Dr.Azahari.