Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Pengerusi baru MAVCOM terima gaji lebih rendah

Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini mengesahkan gaji pengerusi eksekutif baru Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dikurangkan.

"Berkenaan gaji, pengerusi baru (MAVCOM) pastinya akan menerima pemotongan gaji," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya lagi, beliau akan membuat pengumuman berhubung kadarnya pada masa akan datang.

Berhubung pelantikan pengerusi eksekutif baru, Loke berkata beliau telah memberi cadangan kepada perdana menteri tetapi keputusan tertakluk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya harap pelantikan boleh dibuat tak lama lagi bagi menjamin kesinambungan MAVCOM. Saya mengucapkan terima kasih kepada pengerusi eksekutif sebelum ini atas khidmatnya," katanya lagi.

Tan Sri Jen (B) Abdullah Ahmad baru-baru ini meletakkan jawatannya selepas berkhidmat selama lebih dua tahun.

Dalam tempoh itu, suruhanjaya itu menerima banyak rungutan dan kritikan daripada orang ramai dan syarikat penerbangan tempatan.

Susulan arahan Mahathir berhubung semakan semula gaji, Loke mendedahkan Abdullah menerima gaji RM85,000 sebulan - hampir empat kali ganda berbanding gaji perdana menteri.

Lihat Komen
ADS