Kos bina kediaman rasmi PM berjumlah RM24.17 juta
RM24.17 juta. Itulah kos pembinaan Sri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.
RM24.17 juta. Itulah kos pembinaan Sri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh), Nazri (BN-Padang Rengas) berkata: "[...] kos asal pembinaan kediaman ramsi Perdana Menteri dengan merujuk khusus kepada blok rumah persendirian di mana Perdana Menteri dan keluarga tinggal, berjumlah RM24.17 juta."
Tambahnya, kos penyelenggaran untuk keseluruhan kompleks kediaman perdana menteri berjumlah RM2.9 juta, manakala tambahan RM15.81 juta lagi dibelanjakan sebagai kos pengubahsuaiannya.
"Bagi menjawab soalan Yang Berhormat mengenai kos pengubahsuaian tahun ini, ianya berjumlah RM15.81 juta," katanya, sambil menambah ia membabitkan kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem penyaman udara, pendawaian elektrik, lanskap serta pengubahsuaian dalaman termasuk ruang dapur dan bayaran juruperunding.
Komplek Seri Perdana yang mempunyai tiga blok, terletak di Precint 10 Putrajaya yang menjadi kediaman rasmi perdana menteri sejak tahun 2000.
Teresa bertanya mengenai kos pembinaan, pengubahsuaian dan pengurusan tahunan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di sidang pada Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Nazri juga memberitahu, kos asal kontrak pembinaan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dengan merujuk kepada blok rumah persendirian di mana Timbalan Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM13.51 juta.
Beliau berkata kos penyelenggaraan tahunan kompleks kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM1.46 juta setahun iaitu dengan purata RM122,267 sebulan.
Setakat ini, kos pengubahsuaian kompleks kediaman Timbalan Perdana Menteri bagi tahun ini belum diputuskan lagi kerana masih di peringkat kajian dan perancangan Jabatan Kerja Raya, katanya.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.