Ahmad Nizam dilantik sebagai pengerusi Petronas
Tokoh berpengalaman dalam industri minyak dan gas, Datuk Ahmad Nizam Salleh dilantik sebagai pengerusi Petronas yang baru.
Pelantikan Ahmad Nizam diumumkan dalam satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Kenyataan itu juga mengatakan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin kekal sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas.
Ahmad Nizam menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang meletak jawatan sebagai pengerusi Petronas minggu lepas.
Ahmad Nizam sebelum ini merupakan individu penting dalam kejayaan Petronas ketika memegang jawatan sebagai CEO syarikat itu pada tahun 2015.
Pejabat Perdana Menteri berkata beliau mempunyai 37 tahun pengalaman dalam bidang minyak dan gas.
Pengumuman itu dibuat seminggu selepas spekulasi bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengawasi Petronas dan dijangka diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Sebelum ini, Mahathir merupakan penasihat Petronas.

