Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin berkata sebuah badan siasatan bebas akan ditubuhkan bagi menyiasat kes seorang wanita yang dipercayai warganegara China yang diarah membuat ketuk ketampi sambil berbogel di dalam lokap baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata penubuhan badan itu akan dilakukan dengan segera.
