Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz mengumumkan kadar faedah institusi kewangan tempatan akan dinaikkan bagi mengawal inflasi.

Katanya kenaikan yang berkuatkuasa serta merta adalah yang pertama sejak tujuh tahun lalu.

" Kenaikan ini perlu bagi mengawal inflasi setelah ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan pada suku ketiga tahun ini," jelasnya dalam satu taklimat di ibunegara.

Zeti berkata, kadar asas antara bank (QPR) akan dinaik sebanyak 30 mata asas menjadikannya tiga peratus.

Katanya, kenaikan kadar OPR itu berdasarkan faktor-faktor domestik dan bukannya kebimbangan terhadap pengaliran keluar modal ke luar negara.

"Kadar inflasi pada tiga bulan kebelakangan ini terus meningkat pada kadar 3.3 peratus pada October, 3.7 peratus pada Ogos dan 3.4 peratus pada bulan September.

Purata kadar inflasi bagi tempoh 10 bulan tahun ini meningkat kepada 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Zeti berkata, kadar pertumbuhan bgi tempoh suku ketiga tahun ini pula meningkat kepada 5.3 peratus berbanding 4.4 peratus pada suku kedua kerana dipacu pertumbuhan kukuh dalam sektor perkhidmatan.

Menurutnya lagi, aktiviti ekonomi sektor swasta menjadi pemangkin utama ekonomi negara sekarang.

Zeti menambah, bagi tempoh sembilan pertama tahun ini ekonomi negara berkembang pada kadar 5.3 peratus berbanding 7.6 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan 3.4 peratus pada suku ketiga daripada 3.1 peratus pada suku kedua manakala sektor perkhidmatan berkembang pada kadar 7.3 peratus berbanding 6 peratus pada suku sebelumnya.

Zeti berkata, sektor perlombongan juga mencatatkan prestasi yang baik dengan tumbuh pada kadar 3.4 peratus berbanding 1.5 peratus pada suku kedua.

Bagaimanapun sektor pertanian mencatatkan pertumbuhan perlahan dengan 0.9 peratus sahaja berbanding 3.3 peratus pada tempoh tiga bulan sebelumnya.

Pertumbuhan sektor pembinaan juga merosot kepada 1.4 peratus daripada 2 pertatus pada suku kedua tahun ini. ###