Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Lanjutan tempoh Majlis Penasihat K'jaan bukan bermakna kabinet tak cekap'

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tempoh Majlis Penasihat Kerajaan yang mungkin dilanjutkan bukan kerana kabinet tidak cekap dalam melaksanakan tugas.

Persoalan pembubaran majlis itu mula timbul menjelang genap 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) esok.

Tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih memerlukan majlis itu yang ditubuhkan 12 Mei lalu, antaranya bagi membantu kerajaan membentuk dasar dan program untuk mencapai janji 100 harinya.

Ketika ditanya hari ini sama ada lanjutan majlis itu mencerminkan kegagalan kabinet menunjukkan prestasi yang baik, Azmin menafikannya.

"Tidak, kabinet sangat efektif.

"...Mereka (majlis penasihat) tidak membuat sebarang keputusan, mereka hanya memberi syor berdasarkan cadangan pelbagai pihak dan warga prihatin.

"(Kita masih) memerlukan pihak untuk meneliti (cadangan) dan memberi syor," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen.

Beliau berkata hak perdana menteri untuk melanjutkan tempoh majlis itu.

Dipengerusikan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, Majlis Penasihat Kerajaan dianggotai bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas pengerusi Petronas Tan Sri Hassan Marican, ahli ekonomi Jomo Kwame Sundaram dan hartawan Tan Sri Robert Kuok.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS