PM: Tiada rancangan untuk selamatkan MAS
Malaysia Airlines (MAS) perlu mencari jalan untuk memulihkan sendiri masalah kewangannya kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menyelamatkannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Oleh itu, syarikat penerbangan itu perlu "mencari kekuatannya sendiri," kata beliau kepada pemberita di Akademi MAS di Petaling Jaya hari ini.

Tetapi Abdullah, yang juga Menteri Kewangan berjanji kerajaan akan menyediakan bantuan yang sewajarnya dan jika perlu memberi bantuan kewangan.
Abdullah berkata rancangan pemulihan MAS, yang kini memasuki fasa kedua bermula semalam, akan dikemukakan kepada Kabinet pada Februari ini.
Perdana Menteri berkata beliau mahu MAS dan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia bekerjasama sebagai rakan kongsi pintar.
Pada Rabu, MAS mengumumkan kerugian bersih sebanyak RM367.7 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 September 2005, menjadikan kerugian setengah tahunnya kepada RM684.4 juta.
Inisiatif pemulihan berkenaan, yang bermula pada September, memberi tumpuan terhadap usaha-usaha memperhebatkan pertumbuhan perolehan, menambah hasil dan meningkat kecekapan kos.