Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MCCBCHST sokong RCI dakwaan hakim kes Indira Gandhi kena tindakan
Diterbitkan:  Aug 23, 2018 6:34 PM
Dikemaskini: 10:38 AM

Kumpulan agama bukan Islam terbesar di Malaysia menyokong gesaan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan bahawa seorang hakim Mahkamah Rayuan dikenakan tindakan kerana menulis penghakiman menentang dalam kes penukaran agama sepihak anak-anak M Indira Gandhi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) berkata RCI diperlukan kerana para hakim mesti bertindak tanpa rasa takut atau memihak.

"RCI yang akan dibentuk, antara lain, mesti menyiasat tuduhan yang serius terhadap salah laku seorang hakim kanan dan mencadangkan pembaharuan yang diperlukan untuk memperbaiki dan memperkasakan kebebasan dan integriti badan kehakiman.

"Oleh itu, kami merayu kepada kerajaan untuk segera menubuhkan sebuah RCI untuk menyiasat tuduhan berat yang dibuat itu.

"Kegagalan berbuat demikian boleh mencetuskan ketakutan terhadap hakim-hakim lain yang menjalankan tugas dengan tekun dan dengan integriti dan RCI juga boleh menagkis kebimbangan orang ramai tentang kes-kes salah laku seperti itu," kata majlis itu.

Minggu lalu, hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer mendakwa sebaik saja penghakiman Indira Gandhi dikeluarkan dua tahun lalu, seorang hakim kanan telah memanggil seluruh panel hakim dalam kes itu dan dan memarahi serta menuduh dirinya melakukan aktivisme kehakiman.

Akibat penghakiman menentang itu, Hamid Sultan mendakwa telah dikenakan tindakan tidak diberi dan dibenarkan mendengar kes-kes berkaitan kepentingan awam dan perlembagaan.

Berikutan dengan tuduhan ini, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mencadangkan tribunal atau RCI dibentuk untuk menyiasat dakwaan Hamid Sultan, yang menurut mereka sebagai satu perkara yang sangat serius.

Desakan itu disokong oleh Majlis Peguam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS