Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tony Pua: MOF laksana Bajet 2019 berdasarkan keperluan, elak pembaziran

Kementerian kewangan akan memperkenalkan cara baru dalam merangka bajet bagi mengurangkan pembaziran dalam laporan kewangan tahunan kerajaan, kata Anggota Parlimen Damansara, Tony Pua.

Beliau yang juga pegawai khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu forum di Kuala Lumpur hari ini cara baru ini akan menjadikan permohonan belanjawan agensi kerajaan berdasarkan keperluan mereka.

Hal ini, kata Pua berbeza dengan amalan sebelum ini yang mana badan kerajaan memohon bajet dengan cara "menyalin dan menampal" senarai barangan atau keperluan. Katanya, ia menjadikan senarai yang sama sentiasa diletakkan dalam permohonan bajet setiap tahun.

Pua memberi contoh jabatan kastam, berkata agensi itu mendapati stok kasutnya berlebihan di dalam stor tetapi setiap tahun masih terus membelinya.

"Kenapa ini berlaku? Kerana begitulah cara kita mernyediakan dan merangka bajet itu," katanya kepada hadirin pada majlis seminar anjuran Centre To Combat Corruption and Cronyism (C4).

Pua berkata proses baru ini akan dapat dilihat dalam Bajet 2019 yang akan dibentangkan kerajaan beberapa bulan lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS