Hadi mahu lebih banyak helikopter kawal perairan
Diterbitkan: Aug 29, 2018 11:53 AM | Dikemas kini: Aug 29, 2018 11:55 AM
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan agar lebih banyak helikopter digunakan untuk mengawal keselamatan perairan negara.
Hal itu, jelas beliau juga, bagi memastikan hasil laut tidak terjejas akibat pencerobohan nelayan asing, lapor Harakahdaily.
“Dengan alat-alat yang uzur sudah tentu kita tak mampu melaksanakan itu tetapi mesti dibuat menurut kepada kemampuan kita,” belia dipetik sebagai berkata ketika merasmikan satu acara di perairan Kuala Marang, Marang kelmarin.
Anggota parlimen kawasan itu juga berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan Australia telah pun mengamalkan kawalan helikopter di perairan masing-masing.

