Malek: SPR tolak permohonan Mafrel
Terjemahan Pemantau Pilihanraya Bebas Malaysia (Mafrel) tidak akan diberikan status pemerhati rasmi dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir esok.
Pegawai Pengurus Pilihanraya, Abdul Halim Ahmad berkata, setakat ini tiada arahan diterima dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membenarkan Mafrel menjadi pemerhati di 10 pusat pembuangan undi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Terjemahan Pemantau Pilihanraya Bebas Malaysia (Mafrel) tidak akan diberikan status pemerhati rasmi dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir esok.
Pegawai Pengurus Pilihanraya, Abdul Halim Ahmad berkata, setakat ini tiada arahan diterima dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membenarkan Mafrel menjadi pemerhati di 10 pusat pembuangan undi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
"Saya tahu mereka ada membuat permohonan dengan SPR. Permohonan itu dihantar ke ibu pejabat SPR di Putrajaya. Tetapi setakat ini saya tidak menerima apa-apa jawapan atau arahan untuk menolak atau menerima permohonan tersebut," katanya kepada media di Pasir Mas.
Pengerusi Mafrel, Abdul Malek Hussein bagaimanapun menyatakan kehairanannya mengapa Pegawai Pengurus berkenaan enggan meluluskan permohonan Mafrel itu sedangkan perkara itu tidak perlu dirujuk kepada ibupejabat SPR di Putrajaya.
" Pengurus Pilihanraya dibenarkan di bawah undang-undang untuk meluluskan permohonan itu tetapi dia enggan melakukannnya, Saya tidak faham," katanya bila ditemui selepas sidang akhbar tersebut.
Abdul Malek berkata, keengganan Pengurus Pilihanraya menimbang permohonan tersebut bererti lebih 23 sukarelawan Mafrel terpaksa memantau proses pengundian dari luar pusat pengundian.
" Kami hanya boleh memerhati persekitaran dari luar sahaja. Anggota kami tidak dapat memantau proses pengundian dan pengiraan undi bagi memastikannya mematuhi undang-undang pilihanraya," ujarnya.
Abdul Malek melahirkan kekesalannya terhadap tindakan SPR yang enggan mengiktiraf usaha-usaha Mafrel bagi memastikan pilihanraya berjalan dengan bebas, bersih dan lancar.
Beliau menekankan, sebagai sebuah badan pemantau pilihanraya bebas, Mafrel mampu memantau dan mengesani dengan bebas dan adil sebarang pelanggaran undang-undang piliharaya.
"Tujuan Mafrel ialah untuk mendidik masyarakat tentang hak mengundi mereka, memastikan dana awam dan jentera kerajaan tidak disalahgunakan untuk berkempen dan hanya pengundi tulen dibenarkan mengundi," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Malek mendakwa urusan Mafrel di Pengkalan Pasir telah diganggu oleh pihak polis.
Katanya, Sabtu lalu dia disoalsiasat selama dua jam di balai polis ekoran aduan pihak tertentu yang tidak senang dengan kehadiran Mafrel di situ.
"Pagi ini sekali lagi saya dipanggil oleh Ketua Inspektor, Hesli Mohd Daud ke balai polis. Saya disoalsiasat selama sejam berhubung risalah yang kami sebarkan di Pengkalan Pasir,"jelasnya.
Abdul Malek juga mendakwa beberapa sukarelawan Mafrel yang menjalankan tugas di situ juga telah diganggu oleh polis.
Mafrel, sebuah badan pemantau pilihanraya bebas telah bertindak sebagai pemerhati tidak rasmi dalam pilihanraya umum 2004.

