Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kes bekas perisik: SPRM rampas tunai AS$6.3 juta

Penyiasat antirasuah merampas sejumlah wang tunai sebanyak AS$6.3 juta dari beberapa lokasi semasa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan penyelewengan oleh bekas para pegawai risikan kerajaan.

Jumlah terbesar AS$4.07 juta ditemui di sebuah kondominium sewa di Cyberjaya malam tadi, sejurus selepas pihak berkuasa menahan seorang ahli perniagaan di Kelantan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki memberitahu pemberita pada sidang akhbar hari ini pihaknya masih mencari kira-kira AS$5 juta, yang dianggap sebagai hak milik kerajaan persekutuan.

Azam berkata siasatan SPRM mendedahkan sejumlah AS$12 juta telah dibawa masuk ke dalam negara kira-kira tiga bulan yang lalu, tetapi pihaknya masih belum menentukan tujuan membawa wang itu.

Beliau juga menggesa sesiapa, termasuk penjawat awam, yang mempunyai maklumat mengenai kes ini atau tahu tempat wang tunai tersebut disimpan untuk tampil ke hadapan dan SPRM berjanji akan meletakkan mereka di bawah perlindungan saksi.

Ini termasuk mereka yang mungkin menyimpan wang tersebut, katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS