Kiraan semula di Pengkalan Pasir bermula...
Kiraan semula undi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir di Dewan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas bermula jam 10.20 pagi tadi.
Kiraan semula undi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir di Dewan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas bermula jam 10.20 pagi tadi.
Dalam Kiraan pertama malam tadi, calon Barisan Nasional (BN) Hanafi Mamat menang dengan majoriti 129 undi setelah memperoleh 7,419 undi. Calon PAS Hanifa Ahmad mendapat 7,290 undi dan calon Bebas Datuk Ibrahim Ali, 414 undi.
Keputusan mengenai kiraan semula itu dibuat Pegawai Pengurus pilihanraya kecil berkenaan, Abdul Halim Ahmad pada kira-kira jam 9.20 malam tadi berikutan jumlah majoriti undi kurang daripada dua peratus daripada jumlah undi keseluruhan.
Undi rosak sebanyak 160 dengan majoriti keluar mengundi 83.04 peratus.
Sebelum pengiraan semula dibuat, Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Datuk Kamaruzaman Mohd Noor memberi taklimat mengenai peraturan yang perlu dipatuhi kepada wakil calon dan petugas.
Keputusan muktamad pilihanraya ini dijangka akan diketahui selepas jam 12 tengahari.
Menurut laporan Bernama, suasana di pusat penjumlahan undi itu agak tenang dengan polis mengadakan kawalan keselamatan yang rapi.
Jumlah kehadiran penyokong parti yang bertanding di dalam dan luar dewan tidak ramai berbanding kira-kira 10,000 orang yang membanjiri kawasan di luar pusat penjumlahan itu malam tadi.

