Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rafizi: Sokong pemimpin yang tak perkecil orang dari estet

Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menyeru agar anggota parti menyokong pemimpin tertinggi yang menghormati golongan minoriti dan tidak memperkecilkan mereka yang datang dari estet.

"Apa masa depan politik orang India? Masa depan itu ada pada parti yang pelbagai kaum, tapi kita harus memilih pemimpin tertinggi dari kalangan Melayu, Cina, India yang sayang pada golongan minoriti, yang sayang orang miskin, dan tidak akan perkecil orang India yang datang dari estet," katanya pada majlis di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri anggota PKR dari kalangan orang India.

Rafizi tidak menyebutkan nama tertentu namun ia dipercayai merujuk kepada penyandang jawatan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam kenyataannya pada 2 Sept lalu, Azmin menggunakan perkataan "estet" sebagai menjawab kritikan pihak yang mempersoalkan kesetiaannya terhadap perjuangan parti.

"Ada budak kecil umur dua tiga tahun nak mempertikaikan saya terhadap perjuangan […]

"Orang ini sekarang nak cakap (tentang) Reformasi. Mereka dulu duduk di tempat-tempat mewah, bila dah selesai dah reda baru balik.

"Tiba-tiba pula datang daripada estet mana, belukar mana, (dan kata) Azmin kena buktikan kesetiaan kepada parti," kata Azmin.

Azmin dan Rafizi akan merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti itu.

Sementara itu, dalam ucapannya, Rafizi berkata dia sudah melobi kepada pimpinan parti memperkasa pemimpin India untuk diketengahkan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Jelas Rafizi, dia melakukan hal itu bukan untuk mendapat sokongan kaum India kerana dia sudah "sebelah kaki di penjara" susulan dakwaan kes jenayah terhadapnya ketika itu.

Sebaliknya, kata bekas anggota parlimen Pandan itu, ia merupakan tanggungjawab pemimpin tertinggi parti untuk menjuarai hak golongan minoriti.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS