Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwa istana diintip: Polis siasat bukti jika ada
Diterbitkan:  Sep 10, 2018 9:53 AM
Dikemaskini: 9:16 AM

Tunku Mahkota Johor (TMJ) boleh memberikan bukti kepada pihak berkuasa ekoran dakwaan beliau kerajaan menggunakan peranti tertentu bagi mengintip istana atau rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menjelaskan kerajaan atau pemimpin parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak ada mengeluarkan arahan supaya pengintipan tersebut dijalankan.

Katanya jika Tunku Ismail Sultan Ibrahim memiiki maklumat mengenai kegiatan tersebut, beliau diharap dapat menyalurkannya kepada pihak yang berkenaan supaya boleh disiasat.

"Kerajaan menafikan dan jika benar Tunku Mahkota Johor ada maklumat perkara tersebut, kami minta beliau maklumkan kepada kami," katanya seperti dipetik Sinar Online.

Semalam Tunku Ismail membuat dakwaan terbuka bahawa kerajaan sedang memantau beliau serta Sultan Johor menggunakan peranti khas buatan Israel.

Menurut kenyataan tersebut maklumat mengenai pengintipan berkenaan disampaikan kepada Tunku Ismail oleh seseorang, namun identitinya tidak didedahkan.

TMJ juga menjelaskan ramai tentera siber (cybertrooper) diletakkan di akaun Facebook Sultan Ibrahim serta kelab bola sepak JDT.

"Tiada tempat untuk pengalaman sebegini kini," katanya.

Menurut Mohd Azis kerajaan akan menjalankan siasatan jika ada bukti menunjukkan kegiatan pengintipan seperti didakwa TMJ itu berlaku.

Sementara itu Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata tiada sebarang laporan mengenai isu itu diterima pihaknya setakat jam 8 malam tadi.

"Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat atau diterima polis Johor berhubung kenyataan TMJ berkenaan,” katanya dipetik Harian Metro Online.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun turut menafikan sebarang pemantauan ke atas akaun media sosial anggota keluarga istana Johor.

"Perkara ini tidak berlaku. Saya akan memohon perkenan Tuanku Sultan Johor untuk megadap bagi mengangkat maklum perkara ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Lihat Komen
ADS