mk-logo
Berita
RMK11: Pemerkasaan Bumiputera akan terus diberi penekanan
Diterbitkan:  Oct 18, 2018 8:50 AM
Dikemaskini: 9:03 AM

Reformasi agenda pemerkasaan Bumiputera akan terus diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) tanpa meminggirkan kaum lain dan kumpulan minoriti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mahathir, Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) yang diadakan pada 1 September lalu telah menghasilkan 63 resolusi yang sedang diteliti oleh kerajaan.

"Kerajaan akan memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dapat membentuk generasi Bumiputera baharu yang berpegang teguh kepada nilai moral integriti serta sikap rajin berusaha.

"Sebagai kerajaan yang prihatin ke arah mewujudkan masyarakat yang saksama, usaha akan dipertingkat untuk memperkasa kumpulan minoriti.

"Program khusus akan dilaksana bagi suku-suku kaum Sabah dan Sarawak dan juga orang asli, di kawasan luar bandar dan pedalaman," kata Mahathir ketika berucap membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK11.

Beliau berkata antara inisiatif yang akan dilaksana di Sabah dan Sarawak termasuk penawaran lebih banyak program dan peluang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan.

"Bagi kumpulan tertentu dalam kalangan masyarakat India dan Cina, beberapa program khusus akan dilaksana bagi membangunkan potensi ekonomi mereka dan membasmi kemiskinan," katanya.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lihat Komen
Paling Popular
Terkini