Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Masalah dalam e-undi beri tanggapan buruk, kata Azmin

PEMILIHAN PKR | Masalah dalam sistem e-undi memberikan tanggapan buruk kepada proses pemilihan PKR, kata penyandang Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang memantau proses pengundian di Sungai Tua hari ini menyatakan harapannya agar jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) dapat menjamin sebarang masalah teknikal tidak berulang.

"Proses JPP perlu telus dan terbuka kerana inilah kali pertama kami menggunakan sistem e-undi. Banyak masalah yang timbul.

"Seperti hari ini, pusat pengundian sepatutnya buka pada pukul sepuluh pagi tetapi ditangguhkan atas beberapa alasan teknikal.

"Saya harap perkara ini tidak berulang kerana ia tidak memberi gambaran baik kepada parti dan proses pemilihan," katanya.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan berlakunya politik wang dalam pemilihan kali ini.

"Aduan ini perlu disiasat secara adil kerana bukans aja politik wang, ada juga banyak aduan tentang proses (pemilihan).

"Maka JPP bertanggungjawab menjamin proses yang telus, terbuka dan adil kerana persepsi anggota parti dan orang awam penting

"Kita berjuang atas prinsip reformasi untuk membawa perubahan, sudah tentu kita menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk kempen yang kotor, politik wang, salah guna kuasa dan kedudukan," katanya lagi.

Dalam pemilihan kali ini, Azmin dicabar Rafizi Ramli bagi jawatan yang disandangnya itu.

Kedua-duanya, serta presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah bersuara menentang politik wang dalam pemilihan.

Semalam, Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa menerima laporan seorang calon jawatankuasa cabang didakwa memberikan RM50 kepada anggota untuk mendapat undi.

Ada wakil Sabah, S'wak dalam jawatankuasa MA63

Sementara itu, beliau yang juga menteri hal ehwal ekonomi turut mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bahawa jawatankuasa kabinet Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sepatutnya sebahagian besarnya merangkumi wakil daripada Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kabinet etlah bersetuju untuk mempunyai wakil daripada dua negeri itu dalam jawatankuasa.

"Namun saya fikir soal berapa ramai bergantung kepada perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak," katanya.

Semalam, Abang Johari dilaporkan menyuarakan kebimbangannya wakil Sabah dan Sarawak mungkin mungkin tewas jika undian dilakukan ekoran bilangan mereka yang kurang.

Lihat Komen
ADS