Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Wakil rakyat BN masuk BERSATU ditapis, tolak penyokong curi duit'

Wakil rakyat BN tidak akan dibenarkan menyertai BERSATU sekali gus secara beramai-ramai, malahan akan terlebih dahulu ditapis, maklum Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata MP dan ADUN BN perlu keluar parti mereka terlebih dahulu dan menjadi wakil rakyat bebas sebelum permohanan keanggotaan dipertimbangkan BERSATU.

"Jika mereka keluar parti dan jadi bebas dan sokong kerajaan serta merayu berkata mahu menyertai kami, maka kami akan mempertimbangkan.

"Kita akan teliti kualiti orang yang mahu menyertai BERSATU. Bukan semuanya bersalah. Yang jadi pemimpin yang secara terbuka, secara lantang menyokong pencurian duit, itu tak bolehlah.

Tetapi kepada ahli biasa yang yang cuma nak jadi wakil rakyat dan tak ada (dikenakan) apa-apa tindakan (undang-undang), itu kita akan pertimbang.

"Bukan kata kita nak masuk secara otomatik," jelas beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Anggota Majlis Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin mendakwa terdapat ura-ura 40 anggota parlimen Umno akan keluar parti itu dan menyertai BERSATU.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS