Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Datuk bandar ditembak mati 2 jam lepas ambil alih jawatan
Diterbitkan:  Jan 2, 2019 1:50 PM
Dikemaskini: 5:53 AM

GLOBAL | Datuk bandar sebuah pekan kecil di negeri Oaxaca yang terletak di selatan Mexico telah ditembak maut tidak sampai dua jam selepas beliau mengambil alih jawatan pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak pendakwaan tempatan.

Alejandro Aparicio, Datuk Bandar Tlaxiaco, dan sekurang-kurangnya lima pegawai lain telah diserang ketika melawat pekan itu.

Aparicio, anggota parti pemerintah Mexico, Pergerakan Regenerasi Nasional (Morena), meninggal dunia akibat luka yang dialaminya.

Mangsa lain telah menerima rawatan dan seorang daripada mereka berada dalam keadaan serius.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Datuk Bandar Tlaxiaco. Saya telah meminta satu siasatan menyeluruh dijalankan oleh pendakwa umum dan beliau memaklumkan bahawa beliau telah menahan orang yang disyaki melakukan pembunuhan itu," kata Gabenor Oaxaca, Alejandro Murat menerusi akaun Twitter.

- Bernama

Lihat Komen
ADS