Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Umno dalam usaha memulihkan masalah kewangan penerbitannya Utusan Melayu, kata timbalan presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, Mohamad Hasan.

“Umno sedang berusaha untuk menangani masalah yang dihadapi oleh Utusan,” katanya ringkas dalam pesanan Whatsapp kepada Malaysiakini.

Mohamad berkata demikian mengulas desakan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang menggesa Umno sebagai pemilik perlu mengambil tanggungjawab terhadap kemelut kewangan akhbar itu.

Isnin lalu, pekerja Utusan menggesa bekas anggota parlimen Kulim Bandar Baru Abdul Aziz Sheikh Fadzir kembali menjadi pengerusi akhbar tersebut.

Ini selepas Aziz meletak jawatan secara tiba-tiba, menyebut komitmen perniagaan peribadi sebagai alasannya.

Peletakan jawatannya sebagai pengerusi Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) diumumkan kepada Bursa Saham Malaysia pada 13 Disember 2018.

Minggu lalu, syarikat itu mungkir bayaran pertama kepada 700 orang pekerjanya yang bersetuju mengikuti skim pemberhentian kerja sukarela (VSS).

Beberapa tahun ini, Utusan mengalami kemerosotan edaran akhbarnya tetapi syarikat itu tetap mendapat hasil iklan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bagaimanapun, selepas BN tewas pada PRU14, Utusan tidak lagi menerima manfaat berkenaan.

Lihat Komen
ADS