Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakar perbankan syariah ganti Maszlee presiden UIA

Bekas timbalan naib canselor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Mohd Daud Bakar mungkin akan mengambil alih jawatan presiden institusi itu daripada Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Menurut sumber, pelantikan itu sedang menunggu perkenan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, selaku ketua perlembagaan UIA.

"Nama beliau telah dicadangkan untuk mendapat perkenan Sultan Pahang," kata sumber yang dekat dengan Kementerian Pendidikan kepada Malaysiakini.

Mohd Daud merupakan pakar kewangan dan perbankan Islam.

Selain menjadi tokoh yang aktif dalam dunia korporat, beliau juga mempengerusikan Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.

Kabinet putuskan

Maszlee yang dikritik setelah dilantik menjadi presiden UIA pada September lalu, akhirnya bersetuju untuk meletak jawatan.

Pelantikannya berlawanan dengan janji Pakatan Harapan untuk menghalang ahli politik daripada menjadi anggota lembaga pengarah universiti.

Kumpulan pelajar telah menunjuk perasaan di hadapan Kementerian Pendidikan di Putrajaya untuk membantah pelantikan Maszlee. Mahasiswa berkenaan akhirnya dibenarkan bertemu menteri pendidikan untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka.

Kemudian, kabinet berkata menyuarat jemaah menteri telah memutuskan Maszlee perlu melepaskan jawatannya sebagai presiden UIA.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS