Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemimpin PAS hadir dalam majlis pengumuman calon BN

Pemimpin-pemimpin kanan PAS hadir dalam majlis pengumuman calon BN untuk pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Mereka ialah Naib Presiden Iskandar Samad dan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan.

Semasa pengumuman dibuat,kedua-dua mereka duduk di bahagian depan bersebelahan pemimpin-pemimpin Umno seperti Timbalan Presiden Mohamad Hassan dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Ditanya pemberita, Mohamad yang menjalan tugas presiden Umno, berkata PAS akan membantu kempen mereka dan sebab itulah hadir memberi sokongan dalam pengumuman hari ini.

"Kalau dia tak bantu takkan dia datang?" kata Mohamad.

Dalam acara di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu, BN mengumumkan pesara polis Ramli Mohd Noor sebagai calon mereka.

Lihat Komen
ADS