Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MIC lepaskan Cameron kerana isu kuil Subang Jaya

Kontroversi sekitar isu kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya antara penyebab MIC tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Cameron Highland.

“Kita ada masalah (kuil) Seafiled.

“Orang Melayu kemungkinan tidak akan keluar undi untuk dua orang India,” kata Presiden MIC S Vigneswaran.

Rusuhan di sekitar kuil Hindu pada penghujung November lalu telah mencederakan seorang anggota bomba yang kemudian meninggal dunia.

Sementara itu, Vigneswaran juga berkata BN telah melaksanakan strategi yang baik melalui “calon boleh menang” mereka hari ini.

Dalam acara di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu, BN mengumumkan pesara polis Ramli Mohd Noor sebagai calon mereka.

Lihat Komen
ADS