Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM: Peruntukan undang-undang kenal pasti pemilik bermanfaat

Kerajaan akan memperkenalkan peruntukan baru dalam undang-undang anti-rasuah untuk memastikan sesuatu perniagaan mendedahkan pemilik bermanfaatnya yang sebenar.

Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati banyak pemilik bermanfaat mendaftarkan perniagaan mereka di bawah nama orang lain.

Beliau menambah kerajaan sedar bahawa perbuatan itu dilakukan untuk mengelakkan tindakan oleh pihak berkuasa.

"(Kabinet) ingin masukkan peruntukan baru dalam undang-undang mengenai tanggungjawab dedah beneficial ownership ke dalam Akta SPRM.

"Kita dapati kerap kali diguna nama orang lain tapi yang memiliki (perniagaan) orang lain.

"Jadi kita nak ubah undang-undang supaya dapat cekup (pemilik bermanfaat). Kita akan kenal pasti individu sebenar yang terlibat," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS