Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah tetapkan 9 hari dengar petisyen kerusi Tasek Gelugor

Mahkamah Pilihan Raya Pulau Pinang menetapkan sembilan hari untuk mendengara petisyen difailkan calon PH, Marzuki Yahya, yang mencabar keputusan PRU bagi kawasan Tasesk Gelugor.

Peguam Marzuki, Haniff Khatri Abdulla, berkata hakim Hashim Hamzah mengarahkan permohonan tersebut didengar mulai 25 Feb hingga 1 Mac, sebelum disambung pada 12 hingga 15 Mac.

Katanya keputusan itu dibuat Hashim di dalam kamarnya pagi ini.

Menurut Haniff Khatri tarikh 15 Feb juga ditetapkan untuk pengurusan kes dan kedua-dua pihak akan menyerahkan dokumen berkaitan ke mahkamah.

"Kami akan mengemukakan sembilan saksi yang akan memberi keterangan di mahkamah," katanya kepada media hari ini.

Turut hadir, peguam Azalina Mehtab dan Muhammad Rafique Rashid Ali.

Pada 2 Jan lalu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuka Borang 14 iaitu dokumen pilihan raya bagi kerusi parlimen Tasek Gelugor yang dimenangi calon BN, Shabudin Yahaya, dengan kelebihan 81 undi.

Langkah itu dibuat ekoran arahan dikeluarkan Hashim pada 21 Dis lalu.

Petisyen berkenaan dikemukakan Marzuki yang juga kini seorang senator dan timbalan menteri luar.

Dalam petisyennya Marzuki mendakwa jumlah undi yang dinyatakan dalam Borang 14 berbeza dengan apa yang dipaparkan pada skrin di pusat penjumlahan undi semasa PRU lalu.

Dalam perbicaraan ini Shabudin diwakili peguam Simon Tam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS