Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anak Karpal saman CJ atas dakwaan gagal pertahan badan kehakiman

Anak perempuan mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo, hari ini memfailkan saman terhadap ketua hakim negara (CJ) memohon perintah mahkamah bahawa beliau untuk melindungi dan mempertahankan integriti badan kehakiman berhubung kes hasutan ayahnya.

Sangeet juga mendakwa bahawa ketua hakim, yang tidak dinamakannya itu, gagal menangani tuduhan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan yang membuat penghakiman menentang dalam kes M Indira Gandhi.

Dalam saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Sangeet juga memohon perintah bahawa dirinya berhak mendapat maklumat mengenai siasatan dalaman yang dijalankan oleh badan kehakiman dalam kedua-dua kes itu.

Ini, katanya sebagai individu yang haknya terjejas dan jangkaan badan kehakiman bebas daripada sebarang gangguan.

Sangeet berkata ketiga-tiga hakim yang membicarakan kes rayuan ayahnya dua tahun lalu masih berkhidmat sebagai hakim dan oleh itu mereka terikat dengan Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 dan Kod Etika Hakim 2009 berhubung dakwaan salah laku hakim yang bersara.

Peguamnya, dalam hujahan permohonan, mendakwa bahawa CJ telah gagal dalam kewajipan statutori berhubung siasatan dalaman ke dalam dua kes berkenaan hingga mengakibatkan campurtangan kehakiman dan mengeluarkan kenyataan akhbar bertarikh 28 November lalu untuk menggantung siasatan.

Sangeet berkata sebagai anggota Badan Peguam Malaysia dan peguam yang mewakili kes rayuan perbicaraan ayahnya, beliau adalah orang yang terjejas dan mempunyai jangkaan sah untuk mendapatkan badan kehakiman yang bebas dan tidak memihak serta bebas dari campur tangan.

Beliau juga mempersoalkan langkah CJ pada 28 Nov untuk menggantung sementara siasatan dan juga perbicaraan rayuan Karpal di Mahkamah Persekutuan dan bahawa perbuatan itu berniat jahat dan salah mengikut undang-undang.

Dalam afidavit sokongannya, Sangeet berkata tidak ada perkembangan sejak 28 November lalu dan beliau ingin tahu hasil siasatan dalaman.

[Baca berira penuh]

Lihat Komen
ADS